Assalamualaikum mula bicara
Selamat datang ke
blog tvsmkshahbandaraya untuk semua
Tujuan utama berkongsi ilmu bersama
Semoga sila tulrahim terjalin hendaknya
Dengan Nama
Allah Yang maha Pemurah lagi Maha penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad s.a.w.
Terlebih dahulu bersyukur kita kehadrat Ilahi atas kurniaannya tercapailah hasrat,
untuk membina blog untuk Bidang Teknik dan Vokasional SMK Shahbandaraya ini. Dunia pendidikan
di Malaysia semakin mencabar melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM),
Guru perlu melestari Tranformasi Pendidikan, oleh itu tindakan membina blog
ini diharap sedikit sebanyak akan membantu guru-guru di bawah Bidang Teknik dan Vokasional berkongsi pengetahuan.
Berkeyakinan, berkebolehan dan bertanggungjawab menjadi teras utama bagi setiap
guru di bawah Bidang Teknik dan Vokasional sehingga terhasilnya blog ini.
Dengan adanya blog ini secara tidak langsung guru-guru
sentiasa mengamalkan sikap kerjasama sepasukan dan bertukar-tukar pendapat seterusnya tugas mendidik menjadi lebih mudah lebih komited,
dan lebih berdedikasi.
Sekolah merupakan institusi
yang diberikan amanah dan tugas oleh masyarakat dan Negara untuk melahirkan modal
insan yang
seimbang. Namun untuk mencapai hasrat tersebut banyak cabaran terpaksa ditempuhi terutama
era globalisasi kini. Cabaran mendidik anak-anak terutama di
sekolah semakin besar dan memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh dan berkesan agar
anak-anak didik kita tidak mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang di
bawa oleh kemajuan teknologi. Melalui mata pelajaran ICT peraturan daripada pelbagai sudut dapat diterapkan kepad aanak-anak didik.
Antara kebaikan penggunaan
blog dalam pembelajaran dan pemudah cara para pelajar boleh membiasakan diri dengan aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka
digital, mencipta blog serta kod ccs.Blog
juga membolehkan pelajar berkomunikasi secara global. Pelajar sekolah boleh berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka
yang telah sedia ada. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui teknik belajar yang
lebih berkesan melalui rakan-rakan dari negara yang
berlainan. Kebaikan ini membolehkan minda pelajar lebih terbuka dengan keadaan dunia luar dan dapat memgetahui sesuatu berita dari sumber
yang betul, dan bukannya melalui khabar angin.Pelajar dapat menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu sekolah. Melalui
blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang
diberikan oleh guru. Selain itu,
perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan
yang lebih banyak dan lebih mendalam perkembangan bahasa,
menggalakkan perkembangan Bahasa Inggeris melalui pemaparan tulisan dalam blog yang
ditulis.Pelajar juga boleh mengkritik apa juga idea yang bercanggah di ruang komen
Akhir sekali,
harapan kami, semoga blog ini boleh digunakan sebagai medan bertukar-tukar imformasi dan pengetahuan dan sebagai wahana dalam perkongsian ilmu pengetahuan terutama dalam kaedah, strategi, teknik dan aktiviti pdp
yang lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment