SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN SMK SHAHBANDARAYA


SMKS atau lebih dikenalli sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya yang beralamat di Jalan Raja Nong Off Jalan Kota Raja merupakan sekolah menengah harian biasa yang menempatkan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam. Sekolah ini telah dibuka pada 9 Jun 2003 yang lalu. Kedudukan sekolah ini terletak dalam daerah Klang dengan keluasan kawasan sebanyak 8.6 hektar.



Pengetua SMKS yang pertama ialah Pn Hajah Fatimah Bt Mat Tamin. Beliau mula menjalankan khidmat di sekolah ini bermula pada 1 Oktober 2003 sehingga bulan Mac 2008. Beliau telah diberi amanah untuk menguruskan kemasukan guru-guru dan pelajar-pelajar bagi sesi persekolah pertama yang bermula pada Januari 2004. Beliau turut dibantu oleh dua orang "Care Taker" iaitu PN Hajah Mawarni Binti Yahya selaku Penolong Kanan dan Pn Hajah Jamaliah Rais sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menguruskan pendaftaran serta penerimaan peralatan di sekolah baharu.



Pada 1 Januari 2004, sekolah ini telah beroperasi dengan jumlah pelajar seramai 158 orang dan 19 orang guru. Guru-guru inilah yang telah bertungkus lumus memastikan sistem pembelajaran berjalan dengan lancar walaupun pada masa itu keadaan sekolah masih serba kekurangan. Mulai tahun 2005, sekolah ini telah menempatkan Pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK). Penempatan pelajar KRK pada awal kemasukan adalah seramai 62 orang. Pelajar-pelajar SMKS mula menduduki PMR pada tahun 2006 dengan jumlah pelajar seramai 118 orang pelajar.



Sebelum menggunakan nama SMKS, sekolah ini telah menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa 2 tetapi telah ditukarkan menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya (SMKS) melalui surat KP(JPS)5181/57/Jld.7(57) bertarikh 13 Oktober 2005 kerana terdapat 4 buah sekolah menggunakan nama yang sama di kawasan ini. Hal ini telah menyebabkan timbulnya kekeliruan dan melalui surat ini secara rasminya nama sekolah telah ditukar kepas Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya (SMKS).




SEJARAH PEMBUKAAN BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL.



Pada awal penubuhan sekolah pada tahun 2004 , Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepada (KHB) telah mula diperkenalkan kepada murid tingkatan 1 dan 2, manakala untuk murid tingkatan 4, mata pelajaran lukisan kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif. Penambahan mata pelajaran elektif hanya pada tahun 2006 iaitu mata pelajaran prinsip akaun dan Ekonomi Asas.

Pada tahun 2009 mata pelajaran ICT ditambah atas keperluan masa kini. Sehingga ke hari ini mata pelajaran elektif adalah, Lukisan Kejuruteraan, Prinsip Akaun, Ekonomi Rumah Tangga, Ekonomi Asas, Perdagangan, dan ICT ada di tawarkan kepada murid tingkatan 4 dan 5.


GKMP Teknik dan Vokasional yang pertama dilantik ialah Pn Rasidah Putih iaitu dari tahun 2005 hingga 2008, kemudian di ganti oleh Pn Aishah Omar, beliau bertugas di SMK Shahbandaraya pada tahun 2008 hingga Mei 2014, Pn Zaiton Arshad telah mengambil alih jawatan GKMP Teknik Vokasional dari Mei 2014 sehingga kini.