MAKLUMAT ASAS SEKOLAH


******************************************************************

BUDAYA KERJA SEKOLAH
  1. Memahami dan menghayati:
    1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
    2. Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
  2.  MemeliharadanmempertingkatkanimejSekolah, JabatandanKementerianPelajaransetiapmasa.
  3. Mementingkan mutu dan keberkesanan pendidikan.
  4. Menentukan objektif (setiap tugas).
  5.  Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan sepasukan.
  6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.
  7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
  8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
  9. Kepimpinan melalui teladan.
  10. Sentiasa memimpin da nmenilai diri sendiri.
  11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
  12.  Kerja adalah ibadah.


******************************************************************
IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya berikrar dan berjanji akan sentiasa mematuhi peraturan dan bersedia untuk menghayati serta mengamalkan budaya sekolah ke arah melahirkan insan cemerlang selaras dengan ciri-ciri pelajar lima bintang iaitu:

Kemuliaan budi pekerti
Kegemilangan ilmu pengetahuan
Keunggulan kokurikulum
Keperihatinan terhadap alam sekitar dan
Kekemasan penampilan dan personaliti diri

Disamping mengamalkan prinsip-prinsip Rukun negara iaitu:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan



******************************************************************

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan hormonis dari segi intelek, rohani, emosidanjasmani.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.



******************************************************************

FALSAFAH SEKOLAH

Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami warga pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya, bertekad dan berusaha untuk menjalankan amanah, membimbing dan mendidik pelajar-pelajar sekolah ini bagi mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, jasmanidan social, demi melahirkanrakyat Malaysia yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan bertoleransi.

******************************************************************

MATLAMAT SEKOLAH

Mengembangkan potensi pelajar secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah serta berbakti kepada masyarakat dan negara.

******************************************************************

OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH

  • Mendidik ke arah perkembangan mental, fizikal, emosi dan rohani yang seimbang dan harmonis bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  • Menghasilkan pelajar yang berakhlak, berilmu dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan sebuah negara maju menjelang 2020.
  • Menjadikan kecemerlangan sebagai matlamat utama ke arah pendidikan bertaraf dunia.
  • Mengamalkan budaya pengurusan kendiri, kualiti, mesra, sistematik dan efisien.
  • Membina kesepakatan dalam konsep kerja sepasukan