Friday 29 August 2014

SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2014

29 Ogos 2014 - Sambutan Hari Kemerdekaan SMK Shahbandarraya 2014. Transformsi Pendidikan Vokasional dilaksanakan, sejarah kemerdekaan Malaysia sentiasa menjadi keutamaan. Semoga Malaysia sentiasa aman dan secara langsung merealisasikan Transformasi Pendidikan Vokasional.


Guru-guru Bidang Teknik dan Vokasional bersemangat dalam sambutan kemerdekaan SMK Shahbandarraya 2014

WAKAF ANGKAT BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

Bidang Teknik dan Vokasional telah diberi tanggungjawab untuk menjadikan wakaf ini sebagai wakaf angkat dan menjadikan tempat ini dipenuhi informasi berkaitan subjek Teknik dan Vokasional. Murid-murid yang berehat di wakaf ini boleh mendapatkan info berkaitan Bidang Teknik dan Vokasional.




Berikut adalah gamber kerja-kerja naik taraf:


Wakaf ini diberi nama Wakaf Az-Zarnuji sempena nama tokoh pendidikan dan pedagogi.

Saturday 23 August 2014

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014

23 Ogos 2014 - Berita sana sini... Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK Shahbandaraya. Guru-guru dibawah Bidang Teknik Vokasional sama-sama memeriahkan sambutan.




Penutup perayaan hari raya di SMK Shahbandarraya 2014

Friday 22 August 2014

NAIK TARAF BENGKEL LUKISAN KEJURUTERAAN SMK SHAHBANDARRAYA

Naik taraf benkel kejuruteraan SMK Shahbandarraya

NAIK TARAF BENGKEL MASAKAN

Naik taraf bengkel masakan SMK Shahbandarraya.

PERUBAHAN DI BENGKEL KERJA KAYU

PERUBAHAN PADA PAPAN KENYATAAN
PAPAN KENYATAAN SEBELUM
PAPAN KENYATAAN SELEPAS

PANEL ALATAN
PANEL ALATAN SEBELUM UBAH SUAI
PANEL ALATAN SELEPAS UBAH SUAI

BENGKEL SECARA KESELURUHAN
KEADAAN BENGKEL SEBELUM PENGUBAHSUAIAN
KEADAAN YANG CERIA DAN LEBIH KONDUSIF SELEPAS DIUBAHSUAI

KECERIAAN LUAR BENGKEL
KEADAAN DINDING DI LUAR BENGKEL SEBELUM PERUBAHAN DIBUAT
SELEPAS CARTA ABM DIPASANG DI BAHAGIAN DINDING LUAR BENGKEL





NAIK TARAF BILIK MASAK SMK SHAHBANDARAYA, KLANG

GAMBAR SEBELUM NAIK TARAF


GAMBAR SELEPAS NAIK TARAF

Thursday 21 August 2014

UCAPAN ALU ALUAN.







Assalamualaikum mula bicara
Selamat datang ke blog tvsmkshahbandaraya untuk semua
Tujuan utama berkongsi ilmu bersama
Semoga sila tulrahim terjalin hendaknya

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Terlebih dahulu bersyukur kita kehadrat Ilahi atas kurniaannya tercapailah hasrat, untuk membina blog untuk Bidang Teknik dan Vokasional SMK Shahbandaraya ini. Dunia pendidikan di Malaysia semakin mencabar melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Guru perlu melestari Tranformasi Pendidikan, oleh itu tindakan membina blog ini diharap sedikit sebanyak akan membantu guru-guru di bawah Bidang Teknik dan Vokasional berkongsi pengetahuan.
Berkeyakinan, berkebolehan dan bertanggungjawab menjadi teras utama bagi setiap guru di bawah Bidang Teknik dan Vokasional sehingga terhasilnya blog ini. Dengan adanya blog ini secara tidak langsung guru-guru sentiasa mengamalkan sikap kerjasama sepasukan dan bertukar-tukar pendapat seterusnya tugas mendidik menjadi lebih mudah lebih komited, dan lebih berdedikasi.
Sekolah merupakan institusi yang diberikan amanah dan tugas oleh masyarakat dan Negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang. Namun untuk mencapai hasrat tersebut banyak cabaran terpaksa ditempuhi terutama era globalisasi kini. Cabaran mendidik anak-anak terutama di sekolah semakin besar dan memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh dan berkesan agar anak-anak didik kita tidak mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang di bawa oleh kemajuan teknologi. Melalui mata pelajaran ICT peraturan daripada pelbagai sudut dapat diterapkan kepad aanak-anak didik.
Antara kebaikan penggunaan blog dalam pembelajaran dan pemudah cara para pelajar boleh membiasakan diri dengan aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka digital, mencipta blog serta kod ccs.Blog juga membolehkan pelajar berkomunikasi secara global. Pelajar sekolah boleh berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka yang telah sedia ada. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui teknik belajar yang lebih berkesan melalui rakan-rakan dari negara yang berlainan. Kebaikan ini membolehkan minda pelajar lebih terbuka dengan keadaan dunia luar dan dapat memgetahui sesuatu berita dari sumber yang betul, dan bukannya melalui khabar angin.Pelajar dapat menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan lebih mendalam perkembangan bahasa, menggalakkan perkembangan Bahasa Inggeris melalui pemaparan tulisan dalam blog yang ditulis.Pelajar juga boleh mengkritik apa juga idea yang bercanggah di ruang komen

Akhir sekali, harapan kami, semoga blog ini boleh digunakan sebagai medan bertukar-tukar imformasi dan pengetahuan dan sebagai wahana dalam perkongsian ilmu pengetahuan terutama dalam kaedah, strategi, teknik dan aktiviti pdp yang lebih berkesan.