Thursday 21 August 2014

UCAPAN ALU ALUAN.







Assalamualaikum mula bicara
Selamat datang ke blog tvsmkshahbandaraya untuk semua
Tujuan utama berkongsi ilmu bersama
Semoga sila tulrahim terjalin hendaknya

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Terlebih dahulu bersyukur kita kehadrat Ilahi atas kurniaannya tercapailah hasrat, untuk membina blog untuk Bidang Teknik dan Vokasional SMK Shahbandaraya ini. Dunia pendidikan di Malaysia semakin mencabar melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Guru perlu melestari Tranformasi Pendidikan, oleh itu tindakan membina blog ini diharap sedikit sebanyak akan membantu guru-guru di bawah Bidang Teknik dan Vokasional berkongsi pengetahuan.
Berkeyakinan, berkebolehan dan bertanggungjawab menjadi teras utama bagi setiap guru di bawah Bidang Teknik dan Vokasional sehingga terhasilnya blog ini. Dengan adanya blog ini secara tidak langsung guru-guru sentiasa mengamalkan sikap kerjasama sepasukan dan bertukar-tukar pendapat seterusnya tugas mendidik menjadi lebih mudah lebih komited, dan lebih berdedikasi.
Sekolah merupakan institusi yang diberikan amanah dan tugas oleh masyarakat dan Negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang. Namun untuk mencapai hasrat tersebut banyak cabaran terpaksa ditempuhi terutama era globalisasi kini. Cabaran mendidik anak-anak terutama di sekolah semakin besar dan memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh dan berkesan agar anak-anak didik kita tidak mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang di bawa oleh kemajuan teknologi. Melalui mata pelajaran ICT peraturan daripada pelbagai sudut dapat diterapkan kepad aanak-anak didik.
Antara kebaikan penggunaan blog dalam pembelajaran dan pemudah cara para pelajar boleh membiasakan diri dengan aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka digital, mencipta blog serta kod ccs.Blog juga membolehkan pelajar berkomunikasi secara global. Pelajar sekolah boleh berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelosok dunia dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka yang telah sedia ada. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui teknik belajar yang lebih berkesan melalui rakan-rakan dari negara yang berlainan. Kebaikan ini membolehkan minda pelajar lebih terbuka dengan keadaan dunia luar dan dapat memgetahui sesuatu berita dari sumber yang betul, dan bukannya melalui khabar angin.Pelajar dapat menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan lebih mendalam perkembangan bahasa, menggalakkan perkembangan Bahasa Inggeris melalui pemaparan tulisan dalam blog yang ditulis.Pelajar juga boleh mengkritik apa juga idea yang bercanggah di ruang komen

Akhir sekali, harapan kami, semoga blog ini boleh digunakan sebagai medan bertukar-tukar imformasi dan pengetahuan dan sebagai wahana dalam perkongsian ilmu pengetahuan terutama dalam kaedah, strategi, teknik dan aktiviti pdp yang lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment